Thursday, May 20, 2010

Dagangan Bursa lemah dalam jajaran sempit

Cuba baca analisis ini,

KUALA LUMPUR 20 Mei - Kebanyakan harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih rendah selepas diniagakan pada jajaran sempit hari ini.
Para peniaga berkata kekurangan minat membeli telah mengheret Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) ke paras terendah untuk tempoh lapan minggu berikutan sentimen lemah di seberang laut.
Kebanyakan pelabur secara amnya berhati-hati dan keberatan untuk membuat belian besar berikutan ketidaktentuan mengenai krisis hutang kedaulatan Eropah, kata mereka.
FBM KLCI turun 4.07 mata atau 0.3 peratus untuk ditutup kepada 1,304.16, selepas bergerak antara 1,300.44 dan 1,309.13. Ia dibuka turun 3.37 mata kepada 1,304.86.
Indeks FBM Emas turun 33.45 mata kepada 8,757.66, Indeks FBM70 rugi 52.36 mata kepada 8,561.31 dan Indeks FBM Ace merosot 6.63 mata kepada 3,926.11.Indeks Kewangan turun 11.67 mata kepada 11,816.42, Indeks Perusahaan rugi 8.71 mata kepada 2,641.12 dan Indeks Perladangan turun 11.62 mata kepada 6,156.82. Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 449 kepada 250 manakala 274 kaunter tidak berubah, 405 tidak diniagakan dan 34 yang lain digantung.
Sejumlah 765.419 juta saham bernilai RM1.415 bilion bertukar tangan berbanding dengan 781.520 juta saham bernilai RM1.403 bilion semalam.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat sedikit kepada 648.250 juta saham bernilai RM1.393 bilion daripada 647.275 juta saham bernilai RM1.372 bilion. Perolehan dagangan Pasaran ACE merosot kepada 67.711 juta saham bernilai RM8.621 juta daripada 72.558 juta unit bernilai RM10.565 juta. Waran juga merosot kepada 41.508 juta unit bernilai RM6.383 juta daripada 47.219 juta unit bernilai RM6.633 juta.

Sekadar renungan, nampaknya pasaran saham cukup mendung…..jangan putus asa, teruskan mengkaji…...

No comments:

Post a Comment